Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lebih Sudu Dari Kuah, Perangai Suami Jaga Isteri Pantang Buat Ramai Terhibur

suami jaga isteri pantang
Gambar: TikTok @yyu138
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lebih Sudu Dari Kuah, Perangai Suami Jaga Isteri Pantang Buat Ramai Terhibur

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya teruja menantikan detik dikurniakan zuriat sendiri.

Kehamilan, yang merupakan anugerah daripada Allah SWT melalui rahim seorang wanita adalah impian yang dinantikan setiap pasangan. Bagi para pejuang ‘dua garis’, mendapat tahu tentang kehamilan adalah berita gembira yang tiada tara.

Namun, perjalanan selepas melahirkan anak juga tidak kurang bermaknanya. Ia mungkin satu masa yang penuh emosi dan rasa penat, tapi dalam masa sama sarat dengan momen manis.

POV: Suami jaga bini pantang

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang mencuit hati ramai apabila seorang lelaki dilihat membantu isterinya bertungku selepas bersalin.

Appreciation post to my lovely husbank… HAHAHA thank you yang jaga saya berpantang. Sayang memang hebatlah,” tulis si isteri di ruangan kapsyen.

Umum diketahui, bertungku ialah amalan tradisional yang dilakukan oleh wanita selepas melahirkan anak. Biasanya dilakukan dengan menggunakan batu panas yang dibalut kain.

Orang cakap, bertungku ni elok untuk memulihkan tenaga, mengembalikan peredaran darah dan mengurangkan kesakitan di bahagian badan wanita selepas bersalin.

“Dia pun berpantang juga…”

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan si suami dengan penuh lembut membantu isterinya bertungku, satu tindakan yang mendapat pujian ramai.

Tapi yang menggelikan hati, tak lama kemudian, dia pula ‘terjebak’ melakukan perkara sama pada dirinya. Mana tidaknya, si suami kelihatan terbaring santai sambil bertungku di bahagian perutnya.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut cepat menarik perhatian netizen di TikTok.

Ramai yang terhibur melihat gelagat si suami, tapi dalam masa sama tak tahan gelak bila nampak dia pun nak merasa ‘nikmat’ bertungku.

“Dia bawa perut juga 9 bulan… Tu yang sakit juga pinggang-pinggang tu.”

“Allahu, sama dengan suami saya… Lepas tungku kita, dia tungku dia pula…”

“Baru dia tau bertungku tu best.”

“Aduh, dia feeling sedap sangat ke benda ni? Biar aku cuba pula.”

BACA: Lelaki Tak Bercerita, Tahu-tahu ‘Buat Hal’

BACA: “Disuruh buat susu anak…” – Suami ‘Mamai’ Bawa Benda Lain Masuk Bilik

BACA: Sampai Pakai Mic, Berdekah Tengok Abang Courier ‘Seru’ Owner Parcel

Sumber: TikTok @yyu138