Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hanya Tembok Jadi Pemisah, Tular Air Laut Di Jakarta Lebih Tinggi Dari Jalan
Paras air laut di Jakarta semakin membimbangkan orang ramai apabila video terbaru yang tular di media sosial menunjukkan bahawa ia lebih tinggi dari jalan di sekitarnya.
Walaupun ada tembok yang menghalang air laut tersebut dari melimpah ke kawasan jalan, namun ketahanannya dipersoal.
Video yang dimuat naik pengguna TikTok, @andi38911 pada minggu lalu membangkitkan kembali perdebatan dalam kalangan rakyat di sana mengenai keselamatan mereka.
“Sampai bila benteng itu mampu menahan air laut?,” tanya salah seorang netizen di ruangan komen.
Namun, ada juga yang berkata paras air laut dalam video itu kelihatan tinggi kerana air pasang.
Sementara itu, Metro TV pada Sabtu turut melaporkan mengenai Jakarta yang berisiko untuk tenggelam.
Tembok setinggi empat meter di Muara Baru, Jakarta Utara menjadi pertahanan terakhir yang memisahkan air laut dengan kawasan daratan.
“Namun di sebalik kukuhnya struktur konkrit ini, ada kebimbangan yang terus menghantui.
“Kawasan Penjaringan di Jakarta Utara sedang mengalami penurunan tanah yang perlu diberi perhatian. Fenomena ini boleh meningkatkan risiko banjir dan kerosakan infrastruktur,” kata media tempatan itu.
Bukan lagi rahsia, beberapa tahun lalu, Jakarta diramal akan ditenggelami air terutama di bahagian utara pada tahun 2050.
Ketika itu, Presiden Pengarah PAM Jaya, Arief Nasrudin berkata keadaan ini juga berpunca daripada penggunaan air bawah yang tanah yang sukar untuk diselesaikan.
Disebabkan itu juga, projek pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur dijalankan. Namun, ia belum selesai dibangunkan sepenuhnya.
Portal berita tempatan sebelum ini melaporkan bahawa projek itu akan disiapkan sepenuhnya menjelang tahun 2028.
Sumber: @andi38911, Metro TV