Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lawat Kilang Gardenia, Fiza Sabjahan Tersentuh Tengok Kemudahan Istimewa Untuk Pekerja
Rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT datang dalam pelbagai cara termasuk melibatkan hal kerja.
Walaupun diakui setiap tempat kerja ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, namun mendapat majikan dan suasana kerja yang baik juga merupakan rezeki yang perlu disyukuri setiap orang.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara TV, Fiza Sabjahan di Threads mengenai suasana di kilang Gardenia.
Menurutnya, dia telah melawat kilang Gardenia pada Selasa dan tersentuh melihat ruang khas yang disediakan kepada pekerja di situ.
“Semalam melawat kilang Gardenia. Bersih sangat. Tersusun. Tenang tengok suasana kerja di sana.
“Tapi yang paling buat hati tersentuh mereka masih ada kantin untuk pekerja. Tempat makan yang disediakan khas, supaya pekerja tak perlu beli atau bawa bekal dari rumah,” kongsinya.
Ujarnya lagi, dia merasa sebak kerana terfikir mungkin ada dalam kalangan pekerja yang tidak cukup duit untuk makan di rumah. Jadi sekurang-kurangnya mereka boleh mengisi perut di tempat kerja.
“Tak ada siapa yang akan lapar hari tu. tak ada siapa yang akan rasa tersisih.
“Kadang-kadang nilai kemanusiaan bukan datang dari perkara yang besar semata atau kata-kata indah, tapi dari perhatian dan keprihatinan kecil macam ni yang buat kita sedar, rezeki bukan sekadar apa yang kita dapat, tapi apa yang kita kongsi,” katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan ada juga yang berkongsi mengenai kilang Gardenia itu.
“Suami saya part time Gardenia, apa yang diceritakan sis Fiza ni semua betul. Bab makan jangan risau la kalau kerja sana dan hari-hari staf dibekalkan sebuku roti percuma. Tak nak ambil pun takpe kalau jemu,” kata seorang netizen.
“Tak rugi pun majikan yang sediakan makan ni sebenarnya. Kosnya tidaklah terlalu besar terutama untuk syarikat besar. Pejabat saya pun memang sediakan makan sarapan, tengah hari dan minum petang setiap hari.. memang bersyukur sangat,” kata seorang lagi.
Sumber: Fizasabjahan