Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R&R Seremban Utara & Pagoh Selatan

Azizah Najib
ramly tutup cawangan seremban pagoh
Kredit: Ramly Halal Kiosk Malaysia

Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R&R Seremban Utara & Pagoh Selatan

Restoran makanan segera, Ramly Halal Kiosk Malaysia mengumumkan penutupan dua cawangannya yang telah beroperasi selama 10 tahun pada hujung bulan ini, 30 November 2025.

Ramly dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan notis penutupan itu melibatkan cawangan restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Utara dan R&R Pagoh Selatan.

“Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Terima kasih untuk kenangan bersama anda selama 10 tahun ini.

“Tarikh akhir kami di R&R Seremban Utara dan R&R Pagoh Selatan adalah pada 30 November 2025,” maklum syarikat berkenaan.

Menerusi pengumuman tersebut, pihak Ramly turut menjemput pelanggan yang bakal hadir memberi sokongan pada tarikh tersebut untuk mendapatkan gambar kenangan.

ramly tutup cawangan
Kredit: Ramly Halal Kiosk Malaysia

Walau bagaimanapun, menerusi muat naik berasingan, syarikat tersebut telah menyenaraikan keseluruhan cawangan kiosk yang boleh dikunjungi orang ramai.

Antara kiosk yang masih beroperasi termasuk Kiosk Ramly Bentong di Pahang, Kiosk Ramly Bandar Tun Razak, Kiosk Ramly Taman Sri Rampai dan Kiosk Ramly Kampung Mukim Batu di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur.

Bagi kawasan R&R pula, cawangan R&R Gurun Utara dan R&R Gurun Selatan di Kedah masih beroperasi. Begitu juga dengan cawangan di R&R Gunung Semanggol, Perak.

Selain itu, Ramly turut mempunyai cawangan Bistro di Masjid Saidina Hamzah dan Axiata Arena di WP Kuala Lumpur yang masih beroperasi sepenuhnya.

Kredit: Ramly Halal Kiosk Malaysia

Ramly Halal Kiosk merupakan anak syarikat kepada Ramly Food Processing Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd.

Diasaskan pada tahun 1984 oleh pasangan suami dan isteri, Dato Dr Haji Ramly Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap, syarikat ini berkembang maju dengan penawaran produk berkualiti, halal dan bersih.

BACA: Pokok Pendatang & Bahayakan Ekosistem Tempatan, Kenali ‘Ikan Bandaraya’ Versi Tumbuhan

BACA: 24 Usahawan Selangor, WP Kuala Lumpur Terima Anugerah Usahawan MARA (AURA)

BACA: Sekeluarga Cemas, Tengah Syok Makan Durian, Bomba Ketuk Pintu

Sumber: Ramly Halal Kiosk Malaysia (1) (2)