Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Badai Beberapa Negeri, Tiga Wilayah Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan buah negeri dan tiga Wilayah sehingga jam 2 pagi ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.
METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Manakala amaran berkenaan turut melibatkan kawasan Besut dan Setiu di Terengganu.
Bagi Pahang, kawasan yang terlibat adalah anah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.
Beralih ke Selangor, ia melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah.
METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.