Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Antigagal, Rupanya Ini Cara Mudah Buat “Poached Egg”
Telur merupakan bahan masakan paling asas dan sesuai digunakan dalam kebanyakan masakan ringkas. Malah, telur juga merupakan sumber protein yang paling mudah didapati dengan harga yang murah.
Sama ada dimakan ketika sarapan mahupun ketika makan malam sebagai hidangan utama, telur menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin berjimat.
Sering kita dapati, telur direbus terlebih dahulu sebelum dimasak menjadi lauk. Contohnya telur masak lemak.
Apa yang menariknya, hidangan ini kadang-kala menggunakan telur rebus carak (poached egg), dan bukannya telur rebus yang biasa.
Namun begitu, ramai yang tidak tahu cara terbaik untuk menghasilkan poached egg tanpa berlaku bencana di dapur.
Hari ini, SK kongsikan dengan pembaca cara membuat poached egg supaya lauk telur rebus nampak lebih menyelerakan dan cantik kejadiannya. Langkah-langkah dan petua ini dikongsikan oleh TikToker, @hellorose_2911 di laman peribadinya.
“Poached egg nampak fancy tapi sebenarnya senang je bila tahu caranya. Tekniknya ringkas je untuk hasil yang cantik,” kongsi wanita tersebut.
Untuk membuat poached egg, anda hanya perlukan air, kuali, sedikit cuka dan telur.
Pertama sekali, didihkan air dalam kuali. Pastikan air dalam jumlah yang banyak. Jika mengikut cara wanita ini, dia menggunakan air sehingga hampir memenuhi kuali kecil.

Langkah kedua, titik sedikit cuka ke dalam air dan biar air mendidih.
Apabila air sudah mendidih, kacau sedikit air sebelum langkah ketiga, iaitu tuang telur ke dalam kuali. Biarkan telur masak selama beberapa minit.

Periksa telur sama ada sudah masak atau perlu diterbalikkan.

Apabila telur sudah cukup masak, angkat dan toskan.
Poached egg, siap untuk dicampur ke dalam kuah masak lemak.
Di ruangan komen, ada juga yang bertanya sama ada rasa telur akan menjadi masam atau tidak kerana wanita tersebut menggunakan cuka.
“Tak masam awak, sebab air rebusan tu je yang masam. Tak meresap pada telurnya,” jawab wanita berkenaan.
Katanya lagi, penggunaan cuka bertujuan menjadikan putih telur bergumpal elok mengelilingi kuning telur.
Selamat mencuba.
Sumber: Hello Rose