Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Hello Doktor
Bukan Sebarang Akar, Ketahui Khasiat Akar Seruntun Untuk Kesihatan

Aina Munirah

Bukan Sebarang Akar, Ketahui Khasiat Akar Seruntun Untuk Kesihatan

Tidak dinafikan, herba-herba tradisional sudah mendapata perhatian ramai sejak dahulu lagi. Herba atau ubatan tradisional juga sinonim dengan jumlah khasiat yang ada di dalamnya.

Bukan itu sahaja, daun, akar, batang dan bunga daripada tumbuhan herba juga mempunyai pelbagai khasiat yang dikatakan boleh merawat penyakit tertentu, memberi tenaga, menguatkan sistem imun dan menyokong fungsi tubuh.

Jika dahulu, tumbuhan seperti pokok seruntun hanya dianggap sebagai tumbuhan liar di kawasan rumah. Namun sebenarnya, masih ramai yang belum mengetahui tentang khasiat tumbuhan ini terutama di bahagian akarnya.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Pokok yang sama tapi ada banyak nama

la dikenali sebagai Tinospora crispa (Miers) dalam bahasa botaninya. Walaupun anda mengenalinya dengan nama akar seruntun, sebenarnya ia mempunyai beberapa nama panggilan lain.

Antaranya ialah patawali, akar gasing, akar putarwali, akar putrawali, akar seruntum, akar wali, bakawali dan batang wali. Menarik bukan?

Pokok ini merupakan jenis pokok yang menjalar yang biasa tumbuh di kawasan pagar rumah atau runtuhan rumah-rumah lama yang telah ditinggalkan.

la juga tumbuh secara meliar di pinggir-pinggir hutan. Pokok ini telah lama digunakan sebagai bahan atau herba perubatan tradisional.

Disebabkan rasanya yang amat pahit, ia juga digunakan oleh ibu-ibu dalam proses cerai susu anak mereka.

Kegunaan akar seruntun secara tradisional

Dalam masyarakat Melayu, tumbuhan herba patawali ini banyak digunakan oleh kaum ibu dalam fasa bercerai susu anak.

Caranya adalah dengan menyapu akar ini pada bahagian puting payudara sebelum anak mula menyusu.

Disebabkan rasanya yang amat pahit, maka anak akan mula untuk berhenti menyusu secara perlahan-lahan.

Selain itu, akar ini juga digunakan sebagai bahan untuk minuman kesihatan. Air rebusan akar ini diminum dan dipercayai dapat mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk.

Ini kerana rasa pahit daripada akar ini membuatkan darah menjadi pahit lalu menyebabkan gigitan nyamuk semakin berkurangan.

Selain itu juga, tumbuhan ini banyak digunakan sebagai salah satu kaedah untuk merawat diabetes, darah tinggi dan menaikkan selera makan secara tradisional.

Di luar negara, ia lebih banyak digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit berkaitan kulit seperti kusta, gatal-gatal, jaundis dan kudis buta.

BACA: Jarang Didengari, Ketahui Khasiat Kopi Hijau Kepada Tubuh Badan

Khasiat akar seruntun yang sebenar

Terdapat beberapa kajian praklinikal yang telah dijalankan bagi melihat keberkesanan herba akar ini terhadap beberapa penyakit.

Antaranya ialah penyakit diabetes, kecacingan dan keradangan.

1. Khasiat ke atas penyakit diabetes

Bagi penyakit diabetes, beberapa hasil kajian ada menunjukkan bahawa ekstrak akar ini mempunyai potensi dalam merawat diabetes jenis 2 yang telah dijalankan ke atas tikus.

Namun, bagi kajian klinikal yang dijalankan ke atas penghidap diabetes, tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan terhadap dua kumpulan responden iaitu yang menerima ekstrak herba patawali dan kumpulan plasebo.

Ini bermakna, akar ini tidak memberikan sebarang kesan terhadap penyakit diabetes yang sedang mereka alami.

2. Merawat keradangan

Bagi penyakit keradangan pula, ekstrak daripada akar pokok ini telah menunjukkan sifat antiradang yang baik.

Selain itu, ekstrak akar ini juga dilihat mempunyai aktiviti anticholinerase, yang mana ia berpotensi sebagai kaedah rawatan bagi penyakit nyanyuk.

Namun kajian ini hanya di peringkat praklinikal sahaja, dan keputusan mungkin akan menunjukkan hasil yang berbeza apabila dijalankan ke atas manusia.

3. Merawat masalah kecacingan

Antara khasiat akar seruntun yang lain ialah berpotensi merawat masalah kecacingan. Tumbuhan ini dikatakan berkesan mengubati masalah kecacingan dalam kalangan kanak-kanak.

Caranya adalah dengan merebus batang pokok ini, seterusnya ditapis dan diminum sebanyak satu gelas setiap hari.

BACA: Elak Sakit Sendi, Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki

Mempunyai kesan toksik jika diambil berlebihan

Tahukah anda, tumbuhan ini juga boleh menyebabkan kesan toksik kepada tubuh badan jika diambil dengan kuantiti yang banyak?

Dos akar seruntun yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang manusia, dan ini sangat membahayakan.

Terdapat satu kajian yang melaporkan mengenai kes keradangan hati dan hepatitis terhadap manusia.

Ini berikutan pesakit tersebut telah mengambil ekstrak tumbuhan patawali ini bagi merawat penyakit malaria yang dialaminya.

Namun, fungsi hati pesakit tersebut telah kembali normal setelah dua bulan menghentikan pengambilan ekstrak akar ini.

Kesimpulan

Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan potensi herba ini dalam merawat beberapa jenis penyakit.

Walaupun hasil kajian praklinikal dilihat agak baik dan menjanjikan, namun keputusannya mungkin akan berbeza sewaktu kajian lanjutan dijalankan ke atas manusia.

Tambahan pula, kita perlu mengetahui kuantiti dos yang diambil agar ia tidak menyebabkan ketoksikan kepada organ hati.

Dapatkan nasihat daripada doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambil herba ini, lebih-lebih lagi jika anda menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung dan juga diabetes.

BACA: Bahaya Kudis Api, Ibu Bapa Wajib Tahu Punca & Cara Rawatan

Sumber: Hello Doktor