Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Hello Doktor
Jarang Didengari, Ketahui Khasiat Kopi Hijau Kepada Tubuh Badan

Aina Munirah

Jarang Didengari, Ketahui Khasiat Kopi Hijau Kepada Tubuh Badan

Minuman seperti teh hijau sering menjadi pilihan ramai orang. Minuman itu dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang bagus untuk tubuh.

Namun, selain dari teh hijau, ada juga yang memilih untuk minum kopi. Ada yang menganggap minum kopi dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Bukan itu sahaja, kopi juga merupakan minuman yang dipilih ramai orang untuk dinikmati pada waktu pagi. Buktinya, setiap pagi, ramai yang memenuhi kedai-kedai kopi atau kafe.

Namun, pengambilan kopi yang berlebihan juga mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan manusia. Oleh itu, kita boleh sahaja memilih alternatif lain selain dari kopi hitam.

Antaranya, kita boleh mengamalkan kopi hijau. Walaupun namanya jarang diketahui dan didengari ramai, namun, khasiat kopi hijau ini tidak kurang bagusnya dengan minuman sihat yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Apa itu kopi hijau?

Untuk pengetahuan anda semua, kopi hijau atau green coffee merupakan minuman yang diproses daripada biji kopi yang belum dipanggang dan memiliki warna sedikit unik iaitu hijau.

Berbeza dengan kopi jenis lain, ia mempunyai rasa yang ringan serta sederhana seakan minuman teh herba. Disebabkan itu juga, mungkin ramai keliru kalau ia minuman teh atau kopi.

Apa yang membuat kopi hijau popular selain warnanya adalah minuman ini kaya dengan kandungan asid klorogenat berbanding kopi lain sekali gus bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan.

Biasa dijadikan minuman untuk minum petang kerana rasa serta manfaat yang bagus, kopi hijau juga mungkin boleh dikategorikan sebagai minuman kesihatan. Namun, adakah kenyataan ini benar?

BACA: “Wet Food” Penting Untuk Kucing Anda, Ini Sebabnya

Apa khasiat kopi hijau?

Ramai yang percaya bahawa terdapat banyak manfaat kopi hijau bagus untuk kesihatan termasuk;

1. Meningkatkan fokus dan konsentrasi

Menurut kepercayaan masyarakat dahulu, minum kopi boleh menghilangkan rasa mengantuk dan ia mungkin benar! Bagi kopi hijau pula, ia boleh meningkatkan fokus dan konsentrasi.

Alasannya, kopi jenis ini akan bertindak dan berfungsi sebagai stimulasi kepada sistem saraf pusat yakni otak. Kesannya, anda tidak lagi mudah menguap dan mengantuk di tempat kerja.

2. Menambahkan tenaga

Jika anda seorang yang mudah penat, lemah dan lesu sepanjang hari, apa kata mulakan hari anda dengan kopi hijau? Berkat kafein di dalam minuman ini, ia bakal membuat kalian lebih bertenaga, cergas serta cerdas untuk menjalani kehidupan seharian.

3. Menstabilkan darah

Kopi jenis ini turut mengandungi sebatian antioksida yang boleh melawan hormon kortisol aktif iaitu pemicu masalah tekanan darah tinggi. Jika hormon ini berjaya dikawal, maka tekanan darah anda juga dapat diturunkan dan distabilkan dengan baik.

4. Menurunkan berat badan berlebihan

Pertama dan paling penting, kopi hijau dipercayai baik diambil oleh orang yang ada masalah berat badan berlebihan dan obesiti kerana ia amat diyakini boleh membuat anda lebih kurus.

Menurut kajian terbitan Asian Pacific Journal of Tropical Medicine, kopi hijau mampu membantu menghapus dan menghambat lemak tubuh badan gara-gara asid klorogent yang tinggi.

5. Melawan penuaan

Wah, wujud juga minuman kesihatan awet muda ya? Kopi hijau ini tinggi dengan antioksidan yang menawarkan efek anti penuaan ekoran ia mampu memperbaiki sel dan struktur kulit rosak.

Menurut kajian terbitan Bioscience, Biotechnology, and Bichemistry, pengambilan makanan atau minuman yang tinggi asid klorogenat bagus untuk menghirasikan dan meremajakan kulit.

Jangan ambil berlebihan?

Ya, memang ada pelbagai kelebihan serta kebaikan kopi jenis ini dan yang paling menarik adalah kopi hijau untuk kurus. Namun, jangan minum dengan terlalu kerap dan banyak.

Hal ini penting untuk dipertimbangkan kerana kopi bersama minuman berkafein yang lain boleh mendatangkan masalah ketagihan lantas mengakibatkan ketergantungan berbahaya.

Akibat daripada pengambilan yang berlebihan, kopi hijau mungkin boleh menyebabkan simptom:

  • Ketagihan

  • Insomnia

  • Anemia

  • Pening kepala

  • Sakit perut

  • Mual

  • Muntah

  • Telinga berdesing

  • Sukar bernafas

  • Rasa gugup dan gelisah

Sekiranya diambil secara berlebihan dan berterusan, minuman ini mungkin boleh mengakibatkan:

  • Diarrhea

  • Diabetes

  • Glaukoma

  • Masalah kolestrol tinggi

  • Sindrom iritasi usus

  • Osteoporosis

  • Gangguan kecemasan

BACA: Ketahui Apa Itu Shilajit & Khasiatnya Kepada Tubuh Badan

Konklusinya, memang benar ada banyak khasiat kopi hijau terutama untuk kesihatan mental serta fizikal tetapi masih wujud bahaya yang tersembunyi.

Mungkin tidak salah untuk anda minum kopi jenis ini, cuma pastikan ia pada kuantiti dan kualiti yang bersesuaian!

Sumber: Hello Doktor