Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Dua Kanak-kanak Menangis Lihat Rumah Hancur ‘Disapu’ Banjir
Ujian hidup sering datang tanpa sebarang amaran. Ia tidak mengenal masa, tidak mengenal siapa yang akan menempuhinya.
Bagi mereka yang tidak pernah merasai pedihnya hilang insan tersayang atau tempat berteduh, mungkin sukar untuk memahami betapa dalamnya rasa duka itu.
Begitu juga, bagi kita yang telah lanjut usia, luka dan kepedihan itu mungkin dapat disembunyikan di sebalik senyuman. Namun, bagaimana dengan anak-anak kecil?
Mereka sering kali dilihat seolah-olah tidak memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tersenyum, bermain dan ketawa seperti tiada apa yang terjadi. Tetapi hakikatnya, mereka turut merasai kesedihan dan dampaknya.
Umum diketahui, negara jiran kita, Indonesia, baru-baru ini telah dilanda musibah hebat berupa banjir dan tanah runtuh. Kejadian ini telah menelan korban sebanyak kira-kira 753 nyawa setakat hari ini.
Di sebalik angka yang bukan sedikit itu, ramai juga kehilangan harta benda dan rumah yang menjadi tempat mereka membesar serta tempat berlindung keluarga.
Dua kanak-kanak dilihat menangis pilu dalam sebuah video tular di media sosial, menyaksikan rumah mereka musnah disapu banjir di Tapanuli Selatan, Sumatera Utara.
Kejadian tragis itu berlaku pada akhir November lalu, meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga dan warga sekitar, lapor Jawa Pos.
Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok @aniisitumorang, kelihatan dua kanak-kanak itu berdiri atas sisa-sisa rumah mereka yang tinggal runtuhan.
“Ini tembok rumah kita, kan?” tanya salah seorang kanak-kanak sambil mengusap tembok berwarna biru itu.
“Sekarang rumah kita dah tiada,” sambung kanak-kanak itu dengan suara pilu.
“Rumahku tiada… rumahku sudah hancur,” tambahnya sebelum tunduk menangis, manakala orang dewasa di sekelilingnya saling berpelukan juga menangis.
Video ini menjadi viral dan mencuri perhatian ramai netizen, yang turut melahirkan rasa simpati terhadap nasib kanak-kanak malang tersebut.
Ramai juga yang meminta pihak berkuasa segera membina semula rumah bagi mangsa yang terkesan akibat bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera.
BACA: Ayah Melutut, Meraung Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh
Sumber: Jawa Pos