Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Steven Sim Ucap Terima Kasih Pada Semua Pihak, Lima Rang Undang-Undang Penting Telah Dibentangkan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) minggu ini membentangkan empat rang undang-undang penting di Parlimen, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh perlindungan sosial dan pembangunan kemahiran pekerja di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata antara intipati utama rang undang-undang tersebut ialah memberi perlindungan PERKESO 24 jam kepada pekerja, menambahbaik elaun untuk pekerja yang hilang kerja dan memperkenalkan Sijil Pakar untuk mengiktirafkan pakar tanpa sijil dalam industri.
Perbentangan berkenaan turut merangkumi memperluaskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti kursus kemahiran berkualiti.
“Termasuk RUU Pekerja Gig, tahun ini KESUMA telah membentangkan lima undang-undang perburuhan penting di Parlimen
“Ini semua game-changer untuk memperkasakan sektor buruh negara. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Melalui perluasan perlindungan keselamatan sosial 24/7, pengukuhan bantuan kepada pekerja kehilangan pekerjaan, penyelarasan standard kemahiran lebih menepati keperluan industri serta jaminan akses pembiayaan latihan kemahiran lebih mampan.
Steven Sim menekankan bahawa penambahbaikan elaun untuk pekerja yang hilang kerja akan memantapkan jaringan keselamatan sosial, melalui peningkatan bantuan kewangan, intervensi pekerjaan dan sokongan penempatan semula.
Di samping itu, beliau turut memperkenalkan Sijil Pakar bagi mengiktiraf pakar tanpa sijil formal dalam industri. Inisiatif ini diwujudkan khusus untuk menilai dan mengiktiraf pengalaman serta kepakaran tenaga mahir tempatan mengikut piawaian antarabangsa.
KESUMA memperluas skop pembiayaan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) supaya lebih ramai rakyat berpeluang mengikuti latihan kemahiran serta menamatkan latihan tersebut dengan sokongan dana.
https://www.facebook.com/share/p/1FjSjFuWoe/
Sumber: StevenSimCK via Facebook, BERNAMA (1), (2)