Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

e.MAS 7 PHEV: Ini Spesifikasi Yang Anda Perlu Tahu
Semalam dalam majlis pelancaran Proton Tech Showcase di Proton Centre of Excellence (CoE), Proton telah memperkenalkan model e.MAS 7 PHEV.
e.MAS 7 PHEV ini bakal dilancarkan dan mula dijual pada tahun 2026.
Kali ini, SK nak ceritakan secara ringkas spesifikasi e.MAS 7 PHEV yang diperoleh dari Proton semalam.
Rebadge Dari Model Geely. Kalau e.MAS 7 EV dibangunkan bersama Geely Galaxy E5, e.MAS 7 PHEV ini pula adalah model rebadge dari model Geely Galaxy Starship 7.

Tapi Galaxy Starship 7 ini ada nama lain untuk pasaran Global diluar China iaitu Geely Starray EM-i.
Ini bakal menjadi model ketiga dalam barisan e.MAS selepas e.MAS 7 EV dan e.MAS 5 yang baru dilancarkan baru-baru ini.
Proton e.MAS 7 PHEV ini menampilkan sistem Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) yang menggabungkan motor elektrik dan enjin petrol.
e.MAS PHEV datang dengan enjin 1.5 liter empat silinder aspirasi natural yang menghasilkan 99 PS dan 125 Nm tork.

Untuk motor elektrik pula ia menggunakan motor tunggal berkuasa tinggi yang menghasilkan kuasa 218 PS dan 320 Nm tork.
Daya pecutan dari 0 ke 100km/j model ini mampu mencapai sepantas 8 saat sahaja dan kelajuan tertinggi boleh capai sehingga 170km/j.
e.MAS 7 PHEV ini dilengkapi kapasiti bateri 18.4kWh dan menggunakan pek bateri Litium Ferum Fostat (LFP).
Jarak pemanduan bagi mod elektrik sehingga 84km (WLTP). Tangki petrol pula berkapasiti 51L dan penggunaan petrol sekitar 2.4L/100km.
Untuk jarak pemanduan dengan setiap pengecasan dan tangki penuh boleh mencapai sehingga 943km.

Dalam ujian yang lain, e.MAS 7 PHEV iniboleh mencapai sehingga 1,065km setiap cas dan tangki penuh.
Ya, betul model ini boleh cas bateri dan isi minyak dalam masa yang sama.
Model ini juga boleh hanya isi minyak atau cas bateri sahaja (salah satu) mengikut keperluan pengguna.
Jika mahu guna dalam jarak dekat boleh cas bateri tanpa perlu isi minyak. Jika mahu pandu ke jarak median, cukup sekadar isi minyak.
Untuk perjalanan jauh, boleh isi minyak penuh dancas bateri penuh untuk dapatkan jarak pemanduan sehingga lebih 900km.
Disebabkan bateri hanya 18.4kWh sahaja, bateri ini menyokong penegcasan Arus Ulang-Alik (AC) sehingga 7kW dan untuk Arus Terus (DC) boleh mencapai sehingga 30kW.
Model ini juga disertakan dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan kereta membekalkan tenaga elektrik luaran sehingga 6kW.
Kapasiti but untuk e.MAS 7 PHEV antara yang terbesar dalam kelasnya iaitu 428 liter dan boleh diluaskan sehingga2,065 liter jika tempat duduk dilipat.
Proton juga mungkin mengekalkan skrin sesentuh resolusi 2.5K dengan saiz skrin 15.4 inci.
Ia juga datang dengan ventilated seat dan sehingaa 16 pembesar suara dalam kabin.
Keselamatan selalu menjadi keutamaan dan model ini dilengkapi dengan ADAS yang komprehensif termasuk fungsi AEB, ACC dan LKA.
Proton e.MAS 7 PHEV bukanlah model pertama dengan sistem PHEV di Malaysia tapi bakal jadi SUV PHEV pertama jenama tempatan.
Pada hemat SK, pada waktu ini sistem PHEV jauh lebih relevan berbanding EV yang masih lagi ‘miskin’ fasiliti di kawasan luar bandar.
Pengguna tak perlu risau tak jumpa stesen pengecas sebab boleh isi petrol seperti biasa.
Ini satu langkah terbaik Proton memperkenalkan model PHEV pertama mereka tahun depan.
Penafian: Semua spesifikasi di atas mungkin boleh berubah pada produk akhir Proton e.MAS 7 PHEV sebelum dilancarkan nanti.