Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Johan Bongkar Pernah Hantar Anak Sendiri Ke Rumah Anak Yatim

Hannah
johan rumah anak yatim
Kredit: TikTok @kartseeni 

Johan Bongkar Pernah Hantar Anak Sendiri Ke Rumah Anak Yatim

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Cara dan pendekatannya mungkin berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama, iaitu membentuk anak menjadi manusia yang berakhlak, beradab serta tahu menghargai orang lain.

Bercakap soal mendidik anak, siapa yang tidak kenal dengan pelawak, penyampai radio dan usahawan terkenal, Johan atau nama penuhnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz.

Selain dikenali sebagai individu yang kelakar dan ceria, Johan juga terkenal sebagai seorang ayah yang tegas dan sangat serius apabila melibatkan soal mendidik anak-anak.

Baru-baru ini, Johan mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa beliau memilih pendekatan yang agak luar biasa untuk mendidik anak lelakinya, Ahmad Sodiq Hanania atau lebih dikenali sebagai Sodiq.

Rupanya ini sebabnya

Menerusi temu bual di program realiti TV Borak SeeNI, Johan mendedahkan bahawa Sodiq mempunyai tabiat yang sukar untuk berkongsi dengan adik-beradik. Baik makanan, barang peribadi mahupun peralatan harian.

Disebabkan satu insiden yang berlaku antara Sodiq dengan adiknya, Johan mengambil keputusan membawa Sodiq bersama adiknya, Haziq, ke rumah anak yatim selama tiga hari.

“Ini adalah satu punishment ataupun untuk diri dia sendiri, untuk kesedaran dia, untuk pembelajaran dia.

“Sebab Sodiq adalah antara anak saya yang tak boleh share. Tak boleh share makan, sudu, air. Barang-barang dia semua tak boleh share.

“So, satu hari ada satu kesalahan dia buat dengan adik dia. So, saya ambil Sodiq dengan adik dia, Haziq, dua-dua pergi rumah anak yatim selama 3 hari. Ustaz tu pun pening,” kongsi Johan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan Johan.

Ramai menganggap ‘hukuman’ itu dapat membuka mata anak tentang dunia luar, bahawa tidak semua orang hidup senang dan bertuah seperti mereka.

“Nak didik anak kena buat dengan tindakan, bukan cakap, marah atau bebel.”

“Johan jenis strict yang tak menggunakan emosi amarah, didik direct pakai pros and cons. Saya salute parent yang begini. Tak manjakan anak.”

“Hantar kat rumah anak yatim tu idea bernas mendidik anak-anak, sebab boleh ajar anak cara bersyukur dan nikmatnya berkongsi.”

“Bagus wife Johan. Dia ikut cara didikan johan pada anak-anak. Bagus didikan mereka.”

BACA: Pekerja Restoran Di London Dedah ‘Sikap’ Sebenar Uyaina Arshad, Raih Perhatian Ramai

Sumber: TikTok @kartseeni