Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Objek Disyaki Serpihan Dari Angkasa Ditemukan Di Pesisir Pantai Di Pekan

Athirah
Objek Disyaki Serpihan Dari Angkasa
Kredit: Bernama

Objek Disyaki Serpihan Dari Angkasa Ditemukan Di Pesisir Pantai Di Pekan

PEKAN, 1 Jan (Bernama) — Satu objek yang disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata objek berkenaan dijumpai penduduk kira-kira 5 petang sebelum memaklumkan kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Siasatan awal mendapati serpihan objek berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata objek yang dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia semalam dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi.

Bagi tujuan keselamatan, objek berkenaan telah dipindahkan ke Balai Polis Nenasi di sini untuk simpanan sementara sebelum siasatan lanjut dijalankan kementerian berkenaan.

Tinjauan Bernama di Balai Polis Nenasi mendapati garisan polis telah dipasang di sekeliling objek itu dan serpihan yang difahamkan mencecah berat ratusan kilogram itu kelihatan dipenuhi teritip dengan beberapa permukaannya terkopak serta rosak.

BACA: Terimbau Memori Lama, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Buah Ini Di MYDIN

Sumber: Bernama