Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Khairul Aming Umum Restoran Rembayung Dibuka Pada 6 Januari Ini

Iqbal Yasir
restoran rembayung khairul aming dibuka
Gambar: TikTok @Khairulaming

Khairul Aming Umum Restoran Rembayung Dibuka Pada 6 Januari Ini

Setelah sekian lama membuat persiapan, Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) mengumumkan restoran pertama miliknya, Rembayung bakal dibuka kepada pelanggan pada 6 Januari 2026.

Perkara itu dimaklumkan oleh KA menerusi satu video di media sosial.

Walau bagaimanapun, KA memaklumkan, pada hari pertama pembukaan restoran itu hanya mengambil pelanggan yang membuat tempahan sahaja.

“Selepas berbulan-bulan membuat persediaan, restoran pertama Khairul Aming, Rembayung akan menbuka tirai tak lama lagi,” ucapnya.

Pada awal Disember lalu, KA mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang dinamakan sebagai Rembayung selepas setahun menyimpan rahsia mengenai pembinaan restoran itu.

Menurutnya, selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia online, dia kini bersedia untuk memulakan langkah ke dunia offline pula.

Ia juga merupakan permulaan untuk perancangannya bagi 10 tahun seterusnya.

“Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak sembilan minit dari KLCC.

“Ini adalah pelaburan terbesar KA pernah buat untuk satu projek,” katanya.

Ujarnya lagi, konsep restoran tersebut mengangkat elemen kampung di tengah kota raya. Selain pelanggan dalam negara, dia juga berharap restoran itu menjadi tumpuan pelancong luar.

Dalam masa yang sama, pembukaan restoran itu membuka peluang pekerjaan kepada 50 orang anak tempatan.

Sumber: TikTok @khairulaming

BACA: Netizen Dakwa Lihat ‘Kelibat’ Di Rembayung, Akhirnya KA Buka Mulut