Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Mohon Kesan Wanita Hilang Selepas Lawat Suami Di Hospital Shah Alam
SHAH ALAM, 4 Jan (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, Seksyen 7, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata kehilangan wanita itu, Nurul Nazla Abdul Halim, 41, dilapor adiknya pada 12.06 tengah malam tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati wanita itu telah keluar dari Hospital Shah Alam setelah melawat suaminya di wad kira-kira 2 petang semalam.
“Kali terakhir mangsa berhubung dengan suaminya pada tarikh tersebut ialah 3 petang melalui aplikasi WhatsApp. Sehingga kini mangsa masih belum dapat dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramsay berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung keberadaan mangsa boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Izzman Mohd Idrus yang juga Ketua Polis Balai Seksyen 6 di talian 013-4003355.
Sumber: Bernama