Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Minta Sunting Gambar Kahwin, Sekali Lihat Hasil Tukang “Edit” Buat Ramai Terhibur
Zaman sekarang, tidak dinafikan telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan atau menghantar mesej.
Ibarat satu kotak ajaib, pelbagai perkara boleh dilakukan hanya melalui satu peranti kecil di tangan.
Jika dahulu, penyuntingan gambar memerlukan komputer atau khidmat pakar grafik.
Berbeza dengan situasi sekarang, sesiapa sahaja boleh menyunting gambar sendiri hanya dengan menggunakan aplikasi yang tersedia di telefon pintar.
Apatah lagi, pelbagai filter, alat suntingan dan kesan khas yang ditawarkan, malah cukup lengkap untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.
Tapi, apa berlaku jika netizen yang terlebih kreatif mula menyunting gambar seperti seorang pakar grafik profesional?
Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook, Sa Rah yang mencuri tumpuan di Facebook baru-baru ini.
Dalam satu hantaran dalam kumpulan “Edit Apa Hari Ni?”, dia memuat naik gambar kahwinnya dengan permintaan untuk orang menyunting pelamin perkahwinannya dipenuhi jambangan bunga.

Netizen ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan sememang tidak kering gusi dibuatnya. Jadi, SK kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah;
Hasil ‘Air Tangan’ Netizen






















Sumber:
Sa Rah via Edit Apa Hari N?