Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Prabowo Terharu, Indonesia Antara Negara Paling Bahagia Di Dunia
JAKARTA — Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa terharu selepas mengetahui Indonesia merupakan antara masyarakat paling bahagia di dunia, berdasarkan hasil tinjauan Global Flourishing Study (GFS), lapor Detik.com.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Natal Kebangsaan 2025 di Tennis Indoor, Gelora Bung Karno (GBK) pada malam tadi.
Difahamkan, data tinjauan berkenaan dijalankan secara kolaboratif antara Universiti Harvard, Universiti Baylor, dan badan penyelidikan global Gallup.
“Daripada hampir 200 negara, Indonesia menduduki tangga teratas negara yang rakyatnya yang merasa bahagia,” katanya.
Hasil tinjauan itu menyentuh hatinya kerana di sisi lain, beliau menyedari bahawa sebahagian besar rakyat Indonesia masih hidup dalam keadaan sederhana dan belum mencapai kesejahteraan sepenuhnya.
“Ini mengharukan bagi saya kerana saya memahami bahawa sebahagian besar rakyat kita sebenarnya masih menjalani kehidupan yang sangat sederhana, yang harus kita akui masih belum sejahtera,” tambahnya.
Tegas Prabowo, beliau akan memberikan sepenuhnya komitmen untuk terus berusaha dan bekerja keras bagi memastikan kesejahteraan rakyat, termasuk dibantu oleh barisan kabinetnya yang diyakini.
“Kerana itu, saya bersama barisan jemaah menteri bekerja dengan sangat keras. Sudah setahun kita menerima tanggungjawab daripada bangsa Indonesia.
“Saya dibantu oleh mereka, yang saya akui sebagai putera-puteri terbaik bangsa Indonesia,” kata Prabowo.
Sebelum ini, Indonesia diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia menerusi Laporan Keselamatan Global 2025 Gallup, selepas menduduki tempat ke-19 dalam Indeks Undang-Undang dan Ketenteraman.
Manakala negara itu turut berada di kedudukan ke-25 dunia bagi peratusan rakyat yang berasa selamat berjalan sendirian pada waktu malam, lapor agensi berita ANTARA.
Ketua Polis Negara (Polri), Jeneral Listyo Sigit Prabowo, menyifatkan pencapaian itu sebagai cerminan tahap kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan, ketika berucap dalam taklimat akhir tahun di Ibu Pejabat Polri di Jakarta.
Sumber; Detik.com