Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trump Tetap Berkeras Mahu AS Miliki Greenland
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memperoleh Greenland ‘dengan apa cara sekalipun’ dan memberi amaran bahawa Rusia serta China mungkin berbuat demikian sekiranya Washington tidak mengambil tindakan.
AFP melaporkan Trump menegaskan penguasaan wilayah milik Denmark yang kaya dengan mineral itu penting bagi keselamatan AS, berikutan peningkatan aktiviti ketenteraan Rusia dan China di kawasan Artik.

“Jika kita (AS) tidak mengambil Greenland, Rusia atau China akan berbuat demikian, dan saya tidak akan membiarkannya berlaku,” kata beliau kepada wartawan tempatan.
Menurut Trump, beliau bersedia untuk mengadakan perjanjian dengan wilayah pemerintahan sendiri itu, ‘tetapi dengan apa cara sekalipun, kita akan memiliki Greenland.’
Sementara itu, Denmark dan sekutu Eropah lain menyuarakan rasa terkejut terhadap kenyataan Trump mengenai pulau itu, yang mempunyai kepentingan strategik antara Amerika Utara dan Artik serta menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua.
AFP melaporkan Greenland, yang merupakan jajahan Denmark sehingga 1953, memperoleh pemerintahan sendiri 26 tahun kemudian dan kini sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan ikatannya dengan Copenhagen.

Difahamkan, majoriti penduduk dan parti politik Greenland menegaskan mereka tidak mahu berada di bawah kawalan AS.
Mereka berpendapat bahawa masa depan pulau itu harus ditentukan oleh penduduknya sendiri, pandangan yang terus dicabar oleh Trump.
Trump berkata Greenland harus membuat perjanjian itu kerana mereka tidak mahu melihat Rusia atau China menawannya.
“Anda tahu apa pertahanan mereka (Greenland) dua kereta luncur anjing,” tambahnya, sementara Rusia dan China mempunyai ‘kapal pemusnah dan kapal selam di merata-rata tempat.’
Sumber: AFP via France24