Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BTS Sahkan Konsert “BTS World Tour 2026” Di Malaysia Pada Disember Ini

Athirah
Kredit: AFP

BTS Sahkan Konsert “BTS World Tour 2026” Di Malaysia Pada Disember Ini

Kumpulan K-Pop terkenal, Bangtan Boys (BTS) mengumumkan bakal membuat konsert di Malaysia bersempena BTS World Tour 2026–2027.

Pengumuman itu dibuat melalui Weverse, platform komuniti peminat rasmi HYBE.

Menurut pengumuman rasmi, jelajah kali ini bakal menjadi yang terbesar dalam sejarah BTS dengan 79 persembahan merentasi 34 lokasi di seluruh dunia.

Difahamkan, format baharu ini turut menampilkan reka bentuk pentas 360 darjah, memberikan pengalaman imersif yang meletakkan peminat di pusat persembahan, selain meningkatkan kapasiti penonton di setiap lokasi.

Kredit: Weverse

Jelajah akan bermula pada April 2026 dengan tiga konsert pembukaan di Goyang, Korea Selatan pada 9, 11 dan 12 April.

Antara hentian awal yang diumumkan ialah Tokyo, Hong Kong, Tampa, El Paso, Mexico City, Stanford dan Las Vegas. Lebih banyak bandar dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Malaysia sekali lagi menegaskan peranannya dalam peta hiburan dunia apabila Kuala Lumpur disahkan sebagai salah satu hentian rasmi.

Malah, mereka akan menebus rindu peminat di Malaysia selepas 11 tahun dengan persembahan menakjubkan selama dua hari yang dijadualkan pada 12 dan 13 Disember 2026.

Bagaimanapun, lokasi konsert di Kuala Lumpur, harga tiket serta tarikh jualan masih belum didedahkan setakat ini.

BACA: “Hadiah Paling Bermakna…” Dr. Akmal Sebak Terima Tawaran Haji
BACA: Tuan Rumah Terkejut Lihat Ular Sawa Panjang ‘Tidur’ Atas Meja Makan
BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju
BACA: Buat Tempahan Sejak 2010, Pemilik Kedai Terima Stok Telefon Nokia ‘Purba’ Pada 2026

Sumber: Weverse