Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Indonesia Mula Operasi Ubah Suai Cuaca, Tangani Bencana Banjir
Susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di ibu negara, pihak berkuasa Indonesia memulakan operasi pengubahsuaian cuaca bagi mengurangkan risiko bencana hidrometeorologi atau cuaca ekstrem di Jakarta, lapor Detik News.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jakarta (BPBD), Isnawa Adji, berkata operasi yang dijalankan oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) akan diteruskan selama lima hari akan datang.
Menurut beliau, operasi ini diteruskan berdasarkan ramalan cuaca daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).
“BPBD boleh meneruskan operasi, tentunya juga berasaskan hasil ramalan dari BMKG,” kata Isnawa.
Sehingga kini, BPBD Jakarta memaklumkan banjir di kebanyakan kawasan di ibu kota mulai surut, manakala hanya enam jalan yang masih dinaiki air pada pagi Selasa.
Sementara itu, Ketua Pusat Data dan Informasi Kebencanaan BPBD DKI Jakarta, Mohamad Yohan menjelaskan bahawa ketinggian air kini berada antara 10 hingga 60 sentimeter.
Sumber: Detik News