Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Nadia Kesuma Gagal Dikesan Lepas Tiba Di Jeddah
Pelakon, Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada malam semalam.
Menurut laporan Astro Awani, pelakon itu sepatutnya melakukan penerbangan sambungan ke London namun didapati tidak mendaftar masuk seperti yang telah dijadualkan.
Nadia tiba di Jeddah kerana urusan umrah ziarah, sebelum dijadualkan ke London dan Paris.
Rakan baiknya yang juga pelakon, Anne Abdullah memaklumkan Nadia berangkat ke Tanah Suci secara bersendirian.
Menurut Anne, Nadia sempat menghantar mesej kepada suaminya apabila sampai di Jeddah. Namun mesej terakhir menimbulkan kebimbangan kerana pelakon itu berkata dia bertemu individu yang tidak dikenali (I met stranger).
Ujarnya lagi, satu laporan polis akan dibuat berhubung kehilangan pelakon itu.
Di media sosial, beberapa rakan artis turut mendoakan agar Nadia segera ditemui dan berada dalam keadaan yang baik.
Sumber: Astro Awani