Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Program Makan Percuma (MBG) Indonesia Jadi ‘Contoh’ Global

Iqbal Yasir
Program Makan Percuma indonesia contoh
Gambar: BGN

Program Makan Percuma (MBG) Indonesia Jadi ‘Contoh’ Global

JAKARTA — Program Makan Bergizi (MBG) percuma Indonesia mencuri perhatian pertubuhan perdagangan dan industri dari Jepun yang menilai sebagai model dasar kebajikan berskala besar di negara itu, lapor Kompas.com

Menerusi delegasi Dewan Perniagaan Jepun atau Japan Chamber of Commerce and Industry (JCCI) baru-baru ini, program dianggap berjaya memberikan manfaat besar kepada penerima meskipun ia baru dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Dalam lawatan itu, delegasi dari negara matahari terbit itu menyaksikan keseluruhan operasi termasuk proses memasak, pembahagian hidangan serta pengagihan ke sekolah-sekolah penerima program berkenaan.

Melihat kepada usaha yang dilaksanakan oleh Indonesia, JCCI turut membuka peluang kerjasama menerusi program latihan industri dan latihan profesional sebagai usaha pertukaran pengetahuan

Ketua delegasi JCCI, Hayashi Hiroto, memaklumkan bahawa pihaknya menawarkan program latihan industri kepada pelajar Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) serta latihan kepada Ketua Unit Perkhidmatan Pemenuhan Gizi (SPPG) di bawah Badan Gizi Nasional (BGN).

Gambar: Kompas.com

Tawaran itu bertujuan sebagai sebahagian daripada pertukaran ilmu antara Jepun dan Indonesia.

“Kami menawarkan program ini kepada pelajar SMK serta latihan kepada Ketua SPPG BGN sebagai sebahagian daripada pertukaran ilmu.

“Jepun sendiri telah memulakan program makan tengah hari sekolah sejak tahun 1889, atau lebih 137 tahun lalu,” kata Hayashi dalam kenyataan rasmi ketika mengadakan lawatan ke SPPG Pasir Putih, Sawangan, Depok.

Beliau menilai pengalaman panjang Jepun dalam melaksanakan program makan tengah hari sekolah boleh menjadi rujukan berharga, khususnya dalam mempertingkat aspek keselamatan makanan dalam pelaksanaan MBG.

Standard MBG Dinilai Setara Jepun

Menurut Hayashi, garis panduan teknikal serta prosedur operasi standard MBG di Indonesia berada pada tahap yang tinggi dan dinilai hampir setara dengan yang dilaksanakan di Jepun.

Namun, beliau memaklumkan masih terdapat perbezaan pada peringkat pemprosesan makanan.

“Perbezaannya terletak pada proses memasak. Di Jepun, suhu setiap menu diukur sebelum dihidangkan, dengan standard minimum 80 darjah Celsius bagi memastikan makanan selamat,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepantasan Indonesia dalam membangunkan sistem MBG berskala besar.

Dalam tempoh yang singkat, program itu berjaya menjangkau hampir 60 juta penerima manfaat setiap hari, satu angka yang disifatkan setara dengan hampir separuh jumlah penduduk Jepun.

Lawatan tersebut sekali gus mencerminkan minat Jepun untuk mempelajari pendekatan Indonesia dalam mengurus program berkenaan.

Sumber: Kompas

BACA: Airlangga Dakwa Singapura Antara Negara Jiran Tak Senang Duduk Lihat Ekonomi Indonesia Maju