Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 10 negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran melibatkan seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.
Selain itu, negeri Perak jugak terlibat iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan pula, amaran membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Manakala di Terengganu, daerah Besut, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman dijangka turut dilanda hujan lebat.
Amaran turut melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
Bagi negeri Selangor, hanya Hulu Selangor sahaja yang terlibat.
Di Johor pula, ia membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Beralih ke Sarawak, ia melibatkan kawasan Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah, Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.