Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

29 Maut, Pesawat Tentera Rusia Dilapor Terhempas

29 Maut, Pesawat Tentera Rusia
Kredit: TASS

29 Maut, Pesawat Tentera Rusia Dilapor Terhempas

MOSCOW -- 29 orang dilaporkan terkorban selepas sebuah pesawat tentera Rusia jenis Antonov-26 terhempas ketika sedang terbang di ruang udara semenanjung Crimea, lapor AFP.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan.

Kredit: AFP

“Pada 31 Mac sekitar jam 6 petang waktu Moscow, hubungan telah terputus dengan pesawat pengangkut tentera An-26 ketika ia sedang dalam penerbangan berjadual di ruang udara Semenanjung Crimea.

“Pasukan mencari dan menyelamat telah mengesan lokasi nahas pesawat An-26 itu.

Kredit: BNO

“Menurut laporan dari lokasi kejadian, enam anak kapal dan 23 penumpang di dalamnya telah terkorban,” maklum kementerian itu.

Berdasarkan tiada tanda-tanda impak luaran ditemui pada bangkai pesawat tersebut sumber percaya bahawa punca nahas berkemungkinan disebabkan kegagalan teknikal.

Sumber:AFP