Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat di tiga negeri sehingga jam 10 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu diramal melanda negeri Kelantan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Selain itu, di Pahang pula menyaksikan daerah Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera turut dilanda hujan lebat.
Amaran turut melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau) di Sabah.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.