Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan seluruh negeri Perlis.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
"Manakala di Perak pula Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Selain itu Terengganu dulu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Di Pahang pula termasuk Jerantut dan Kuantan. Sementara di Johor hanya di Kota Tinggi
"Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.