Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pada zaman sekarang ni, kereta dan jadi macam satu keperluan. Untuk satu rumah mesti paling kurang akan ada satu kereta kan. Kereta ni salah satu pengangkutan yang penting, tambah pula di waktu kecemasan.
Bagi yang tengah terfikir-fikir model kereta apa yang sesuai dengan gaji rendah, perkongsian dari video TikTok @adrianchiaaa ni mungkin dapat membantu.
Dalam video tersebut, lelaki ini kongsi lima kereta tempatan mampu milik, serta menerangkan apa kelebihan kalau korang pakai kereta-kereta ni.
Senyap, stabil di highway, kabin luas dan selesa. Boleh guna dari bujang sampai dah berkeluarga. Sangat sesuai sebagai kereta pertama atau kereta keluarga.
Harga: RM39,800
Bulanan: RM501.05
Kos penggunaan rendah, jimat minyak, nak parkir pun senang. Kalau untuk pemanduan bandar atau city drive memang tak ada masalah lah.
Harga: RM33,940
Bulanan: RM427
Harga: RM36,700
Bulanan: RM462
Sangat jimat minyak, sesuai untuk korang yang banyak bergerak macam pemandu e-hailing. Ruang dalam but kereta ni pun luas.
Harga: RM42,551
Bulanan: RM536
King of the Road ni walaupun bayaran bulanan agak tinggi, tapi banyak kelebihan. Model Myvi 1.3 X ni luas, jimat minya dan kos penggunaan pun rendah. Reka bentuk Myvi ni memang cantik, ala-ala Volkswagen Golf gitu.
Harga: RM44,959
Bulanan: RM566
Sumber: TikTok @adrianchiaaa