Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

5 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan
Kredit: Bernama

5 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan WP Kuala Lumpur.

Selain itu, amaran turut membabitkan negeri Kedah iaitu di Langkawi dan Kubang Pasu.

Manakala di Pahang pula hujan lebat diramal melanda Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.

Di Selangor, daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat dijangka terlibat.

Begitu juga di Pontian, Kulai dan Johor Bahru di negeri Johor.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 9 malam.
  • Amaran melibatkan seluruh Perlis, Kuala Lumpur serta beberapa daerah di Kedah, Pahang dan Selangor.
  • Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor turut termasuk dalam kawasan amaran cuaca itu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan