Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Kelantan.
Manakala, di Perak pula membabitkan daerah Batang Padang, Kerian, Selama, Larut Matang, Muallim dan Kuala Kangsar.
Selain itu, daerah Cameron Highlands, Lipis, Rompin, Bentong dan Raub di Pahang turut terlibat.
Begitu juga kawasan Hulu Selangor di negeri Selangor.
Di Johor, hanya daerah Mersing yang diramalkan terlibat.
5 negeri diramal hujan

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
