Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Tips Mencegah Dan Merawat Sembelit Pada Kanak-kanak

Faiz Mustafa

Setiap orang pasti pernah mengalami sembelit. Sembelit boleh terjadi ketika usia melonjak dewasa, atau ketika masih diusia kanak-kanak. Sembelit pada bayi atau anak merupakan masalah umum. Demikian dikatakan ahli gastroenterologi kanak-kanak Mohammed Nasser Kabbany, MD. Tapi, Kabbany menambahkan, gejala sembelit pada kanak-kanak sulit dikenali. “Sekitar 1:20 kunjungan doktor anak berkaitan dengan sembelit,” kata dia.

“Sembelit kerap kerap terjadi ketika anak jauh dari rumah dan takut menggunakan bilik mandi,” katanya. Meski sukar, gejala sembelit pada anak boleh dilihat dari perilakunya, seperti:

  • Wajah anak yang memerah saat mengejan untuk buang air besar.

  • Noda kecil di popok atau celana dalam anak. Tanda ini kemungkinan karena feses tidak keluar dengan baik.

  • Kurang nafsu makan dan sakit perut.

  • Mengompol.

  • Infeksi saluran kemih.

  • Terlalu lama di kamar mandi.

Selanjutnya, untuk mencegah sembelit terhadap anak-anak, Kabbany memberikan tips berikut.

1. Siapkan rutin bilik mandi

Jika anak dilatih untuk menggunakan toilet, bantu ia mengatur rutin bilik mandi sehingga dapat menggunakan toilet secara teratur. Rutin harian yang sudah ditetapkan akan memberi signal pada tubuh anak untuk pergi ke bilik mandi. Usahakan anak makan pada waktu yang sama setiap hari agar tubuhnya mendapatkan dorongan internal setelah makan.

2. Beri anak air putih dan susu

Air sangat penting bagi tubuh untuk bekerja dengan baik dan buang air besar. Selain pengambilan makanan yang seimbang, pastikan anak juga minum banyak air. “Terkadang anak-anak menolak minum air putih,” kata Kabbany. “Lakukan kelaianan untuk menarik perhatian anak-anak dengan cawan dan sedutan khusus, atau berikan lemon atau bahkan hirisan mentimun. Ini dapat membantu mereka minum lebih banyak air.” Pengambila susu sebaiknya tidak dihentikan, sebab membuangnya dari menu makan anak bukanlah solusi untuk masalah ini. Hal itu tidak meredakan sembelit, dan anak justeru kehilangan pengambilan kalsium hariannya.

3. Tambahkan serat ke dalam makanan anak

Makanan berserat baik untuk kesihatan anak, namun ibu bapa seringkali tidak mengetahui berapa jumlah pengambilan serat yang diperlukan anak. Anak yang berusia dua tahun memerlukan tujuh gram serat. Sementara, orang dewasa memerlukan lebih kurang 19-38 gram serat per hari, tergantung usia dan jenis kelamin. “Makanan berserat tidak harus membosankan,” menurut Kabbany. “Berikan buah-buahan, sayuran, dan biji-bijian seperti plum, aprikot, kismis, kacang polong, buncis dan brokoli.”

4. Bataskan makanan yang dapat mencetus sembelit

Perhatikan pengambilan makanan anak anda. Pisang, nasi dan keju adalah penyebab utama sembelit. “Tidak bererti makanan ini disingkirkan sepenuhnya,” ucap Kabbany. “Cari tahu apa yang menyebabkan sembelit. Kemudian, kurangka jumlah pengambilan makanan yang diambil anak anda. Ini semua tentang keseimbangan dan pengambilan makanan yang sihat.”

5. Mengajak anak berolahraga

Aktiviti fizikal baik untuk kanak-kanak kerana dapat melepaskan tenaga dan mencegah obesiti serta membantu fungsi usus anak. Daripada menyuruh anak bermain di luar, lakukan aktiviti fizikal bersamanya seperti berlari di halaman belakang atau berjalan-jalan di sekitar kompleks perumahan. Apabila sembelit pada anak tida5k kebah, segera cari bantuan pakar kesihatan. “Sangat penting untuk mengubati sembelit lebih cepat daripada nanti,” sebut Kabbany. “Jika sembelit berlaku dalam jangka waktu yang lama, pertumbuhan dan perkembangan anak boleh terpengaruh.”

Sumber- Kompas.com, Cleveland clinic