Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

6 Cara Bantu Legakan Influenza 

Hannah
cara legakan influenza
Gambar: AI/ImageFX

6 Cara Bantu Legakan Influenza

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula merungut demam, sakit kepala, batuk dan hidung berair. Klinik pun makin sibuk, malah ramai juga yang berkongsi pengalaman mencari ubat Tamiflu atau baru nak ambil vaksin Influenza.

Tapi sebelum kita panik atau mula menelan pelbagai ubat, penting untuk faham dulu bahawa bukan semua demam itu sama, dan bukan semua boleh dirawat dengan cara yang serupa.

Ramai yang beranggapan Tamiflu boleh menyembuhkan semua jenis demam dan selesema, padahal tidak begitu.

“Fakta sebenar, Tamiflu hanya berkesan kalau dimulakan dalam 48 jam pertama simptom. Vaksin pula tak boleh rawat jangkitan yang dah berlaku, tapi masih penting untuk elak jangkitan semula bila dah sembuh nanti,” jelas Public Health Malaysia.

Apa perlu buat kalau dah kena?

Kalau badan dah mula rasa lemah, tekak pedih atau hidung mula sumbat, jangan terus cemas. Kadang-kadang simptom ringan boleh reda sendiri dengan rehat dan penjagaan rapi.

Menurut Public Health Malaysia, berikut beberapa cara mudah yang boleh membantu legakan influenza, iaitu:

1. Mandi air suam

2. Minum madu dan lemon suam

3. Tidur kepala tinggi

4. Hirup wap air suam

5. Makan makanan hangat

6. Rehat secukupnya

Kenali Perbezaan: Selesema, Influenza-Like-Illness (ILI) & COVID-19

Untuk info, kebanyakan simptom adalah sama, iaitu demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair. Kehadiran simptom juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang.

Tapi, meski ketiga-tiganya nampak serupa, sebenarnya ada beberapa perbezaan penting yang boleh membantu kita mengenal pasti jenis jangkitan:

  • Selesema – Jarang menyebabkan demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Jika demam, suhu tidak tinggi.

  • ILI – Demam bermula secara tiba-tiba dan suhu tinggi melebihi 38 darjah Celcius.

  • Covid-19 – Jarang menyebabkan bersin tetapi boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.

Cara virus merebak

Semua penyakit ini menular dengan cara yang hampir sama, melalui titisan pernafasan dan sentuhan tidak sengaja.

  • Titisan dari batuk atau bersin seseorang yang dijangkiti.

  • Sentuhan tangan atau permukaan (seperti tisu, tombol pintu, atau telefon) yang tercemar dengan cecair dari hidung dan tekak.

Tempoh kebolehjangkitan pula adalah 1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula

Siapa berisiko tinggi?

Beberapa golongan perlu lebih berhati-hati kerana sistem imun mereka lebih lemah atau mudah terjejas:

  • Warga emas

  • Ibu mengandung

  • Kanak-kanak kecil dan bayi

  • Individu dengan penyakit kronik seperti diabetes, kanser, penyakit jantung atau masalah pernafasan

Jaga diri, jaga orang lain

Demam dan batuk bukan sekadar hal kecil. Kadang-kadang ia petanda awal sesuatu yang lebih serius. Tapi jangan panik, yang penting ambil tindakan awal dan tahu bezanya antara selesema biasa, Influenza dan COVID-19.

Rehat, minum air secukupnya dan pakai pelitup muka untuk pencegahan bersama. Ingat, virus boleh datang bila-bila masa, tapi ‘akal sihat’ kita boleh selamatkan ramai orang.

BACA: Anda Mungkin Alami Masalah ‘Ini’ Jika Tidur Terlalu Lama Setiap Hari

BACA: Bukan Semua Sakit Kepala Sama, Ketahui Perbezaannya

BACA: Stres Melampau Boleh Beri Kesan Terhadap Imun Badan, Ini Penjelasannya

Sumber: Public Health Malaysia, KKM