Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Kawasan Di Semenanjung Kini Pada Tahap Gelombang Haba

7 Kawasan Di Semenanjung
Kredit: Bernama

7 Kawasan Di Semenanjung Kini Pada Tahap Gelombang Haba

Terdapat tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) susulan cuaca panas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Perlis serta Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik, Baling di Kedah dan Hulu Perak di Perak.

Dalam pada itu 13 kawasan lagi di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga).

Ia membabitkan kawasan Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Selain itu, Tahap 1 turut melibatkan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang.

Begitu juga di Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak serta Jerantut di Pahang.

Menurut MetMalaysia, Tahap Gelombang Haba menyaksikan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Kredit: MetMalaysia

Manakala tahap berjaga-jaga boleh membabitkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Susulan kemas kini terbaru ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti ketika cuaca panas serta minum air secukupnya.

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian, layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.