Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

7 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan
Kredit: Bernama

7 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu diramal di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selain itu, hujan lebat juga diramal di Terengganu iaitu di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

Di Pahang, ia melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.

Manakala di Selangor pula membabitkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi Negeri Sembilan, ia hanya melibatkan Seremban dan Port Dickson.

Sementara itu, keadaan hujan lebat turut dijangka melanda Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Beralih ke Sarawak, Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga diramal hujan lebat.

Di Sabah pula, daerah yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Sandakan) dan Kudat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.