Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

7 Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir Hingga 6 Petang Ini

Hannah
ribut petir
Sumber: METMalaysia

7 Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir Hingga 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu dan Pahang, serta keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Manakala di Terengganu, daerah terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

“Beralih ke Pahang, hanya Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera dijangka berdepan masalah cuaca ini,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: “Arwah dulu baik orangnya..” Netizen Terhibur Lelaki Minta Sunting Gambar Beri Makan Dinasour Lain Pula Jadinya

BACA: Ibu Kongsi Detik Seram Wanita Serba Putih ‘Terpacak’ Depan Rumah

BACA: Lelaki Kongsi Purata Gaji Pekerja Asing Di Malaysia Undang Pelbagai Reaksi

Sumber: METMalaysia