Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini - MetMalaysia

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 7 malam.

MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang.

Selain itu, ia membabitkan daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Di Perak pula, hujan lebat diramal di Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian.

Bagi negeri Kelantan, daerah Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh juga terlibat.

Manakala di Terengganu pula, daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus terlibat.

Amaran turut melibatkan daerah Betong (Kabong dan Saratok), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah), Sibu, Bintulu (Tatau), Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) di Sarawak.

Di Sabah, ia melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Pedalaman (Sipitang dan Tambunan).

Hujan lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 7 malam.
  • Amaran itu melibatkan seluruh Pulau Pinang dan beberapa daerah di enam negeri lain.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan