Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

78,883 Lepasan STPM, Setaraf Ditawarkan Ke Universiti Awam Menerusi UPUOnline

Iqbal Yasir
lepasan stpm ditawarkan upuonline
Gambar: Bernama

78,883 Lepasan STPM, Setaraf Ditawarkan Ke Universiti Awam Menerusi UPUOnline

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) — Sebanyak 78,883 calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Diploma atau setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke universiti awam menerusi sistem UPUOnline tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 71.80 peratus daripada jumlah keseluruhan 109,866 permohonan diterima sistem itu.

KPT memaklumkan 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan dengan pemilihan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi iaitu menyusun calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Calon tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang 14 Sept.

“KPT mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Satu Kampung ‘Bergelap’, Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara-Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan

BACA: Dua Kanak-Kanak Lemas: Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan