Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur.

"Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim). Manakala di Kelantan pula termasuk daerah Jeli dan Kuala Krai.

"Bagi Pahang, beberapa kawasan seperti Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin dijangka hujan malam ini. Sementara di Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

"Di Negeri Sembilan, hanya dua daerah diramal hujan seperti Jelebu dan Seremban. Selain di Johor termasuk Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

"Manakala di Sabah pula Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.