Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurutnya, hujan lebat akan melanda seluruh negeri Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain itu, amaran turut melibatkan negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Pulau Pinang pula, hujan lebat diramal di Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Bagi negeri Perak, amaran membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Selain itu, daerah Besut, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu juga diramal hujan lebat.
Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin turut dijangka hujan lebat.
Cuaca buruk juga diramal melanda Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal di Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi.
Manakala di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang dan Ranau).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.