Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Abang Ni Baru Nak Healing Di Sungai, Sekali ‘Kawan’ Datang Buat Kejutan

Athirah
healing sungai
Kredit: @haiqalmiqail27
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Abang Ni Baru Nak Healing Di Sungai, Sekali ‘Kawan’ Datang Buat Kejutan

Dalam kesibukan hidup seharian, ramai antara kita mencari cara untuk melepaskan tekanan dan memulihkan semula tenaga mental.

Ada yang memilih untuk bercuti jauh, ada yang suka melayan muzik dan tidak kurang juga yang memilih untuk kembali kepada alam semula jadi. Salah satu aktiviti yang semakin mendapat perhatian sebagai cara ‘healing’ ialah mandi sungai.

Bunyi deras air yang mengalir, suasana redup di bawah rimbunan pokok serta udara segar yang tidak tercemar mampu memberikan ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Mandi sungai bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi satu bentuk terapi semula jadi yang membantu menenangkan minda, menstabilkan emosi dan membuatkan badan terasa lebih segar.

Baru nak healing, sekali ‘kawan’ nak teman sekali

Menerusi video yang dikongsikan oleh @haiqalmiqail27 di TikTok, lelaki tersebut pada mulanya kelihatan tenang menikmati suasana alam sambil ‘healing’ di air jernih yang mengalir.

Namun, situasi bertukar cemas apabila seekor ular tiba-tiba menghampirinya ketika dia sedang asyik berendam di dalam sungai.

Dapat dilihat ular tersebut kelihatan berenang dengan laju menghampiri dan sempat berhenti di sisi lelaki berkenaan.

Apa yang lebih menghiburkan ialah apabila @haiqalmiqail27 menyedari kehadiran ular itu, dia terus terperanjat sehingga membuatkan ular tersebut turut ‘terkejut’ seketika, sebelum haiwan tersebut segera berenang menjauhi tempat itu.

Video berdurasi 34 saat itu turut memaparkan seorang lelaki dengan pantas menuju ke arah @haiqalmiqail27 sebaik menyedari kehadiran ular berkenaan. Dalam masa sama, mereka sempat memandang ke arah ular itu yang berada di arah berlainan.

“Ular tu nak tolong abang… sebab ingat lemas”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki itu.

Dalam pada itu, mereka sempat ‘menyelitkan’ gurauan berdasarkan situasi yang dialami oleh @haiqalmiqail27.”

“Masalahnya aku tengok ular tu lagi takut dan terkejut tengok abang ni,” komen seorang wargamaya.

“Laju je ular tu nak tolong abang yang ingat tengah lemas. Saya rasa ular pengawal sungai tu bang… kemain laju lagi dia datang sekali dia yang gelabah rupanya orang nak healing,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Seram, Netizen Terkejut Lihat Haiwan “Ini” Muncul Dalam Banjir Di Thailand

Sumber: @haiqalmiqail27