Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Abdul Latif Kekal Raja Lompat Jauh, Perbaharui Rekod Dunia

Athirah
Abdul Latif Raja Lompat Jauh
Kredit: Bernama

Abdul Latif Kekal Raja Lompat Jauh, Perbaharui Rekod Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Jaguh olahraga para negara Datuk Abdul Latif Romly melakar sejarah peribadi apabila berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 di New Delhi, India, hari ini.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan, atlet berusia 28 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.67 meter (m) pada percubaan ketiga untuk meraih pingat emas sekali gus memadam rekod 7.64m yang dicatatkannya pada Kejohanan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Di belakang beliau, atlet Arab Saudi Hassan Dawshi melakukan lompatan sejauh 7.36m untuk membawa pulang pingat perak, manakala Matvei Iakushev yang bertanding sebagai atlet paralimpik neutral (NPA) meraih gangsa dengan catatan 7.22m.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan hari ini kerana berjaya memecahkan dua rekod iaitu Rekod Kejuaraan (7.61m) dan rekod dunia di New Delhi.

“Saya dedikasikan pingat ini kepada isteri dan anak-anak. Selepas ini, saya akan mengimbangi latihan serta memberi masa kepada isteri dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan dikongsikan hari ini.

BACA: Hamidin Berada Di Zurich, Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara
BACA: Bank Terbesar Jepun Wajibkan Cuti Paterniti Selama Sebulan
BACA: Wanita Maut Terpijak Asid ‘Pelarut Tulang’ Ketika Berjalan Di Kawasan Bukit
BACA: Jurutera Bawa Demostrasi, Beri Penjelasan Punca Berlaku Lubang Benam Di Thailand

Sumber: Bernama