Sebelum ini hanya dilihat berlaku di negara lain sahaja, kini, pandemik COVID-19 di negara ini berada pada tahap yang paling buruk apabila kes harian dicatatkan setiap hari semakin tinggi. Dengan pertambahan pesakit setiap hari, hospital-hospital juga kini sedang bergelut untuk memberikan rawatan yang terbaik sekaligus membendung jangkitan dari terus menular.
Jika dahulu kematian akibat COVID-19 kebanyakannya melibatkan warga emas, gelombang ketiga kini pula memperlihatkan banyak kes kematian dalam kalangan golongan muda. Ia juga mungkin disebabkan wujudnya varian-varian COVID-19 yang baharu yang sememangnya semakin mengganas.
Mungkin ada yang tidak sedar bahawa kes yang membabitkan golongan kanak-kanak juga sebenarnya semakin meningkat. Apa yang memilukan, ada di antara mereka yang menghidap masalah pernafasan yang teruk akibat daripada virus itu serta ada juga bayi yang baru sahaja dilahirkan disahkan positif.
Menerusi kiriman Dr Rashdan Mohamed di Facebook, beliau ada berkongsi mengenai situasi kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak yang dikelola olehnya. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
COVID-19: Kanak-kanak ada pilihan?
Kami, doktor kanak-kanak sebenarnya menyaksikan kenaikan mendadak kes COVID-19 dikalangan kanak-kanak tahun ini (terutama mulai April 2021). Dan, semakin ramai juga kategori 4 ke atas (suatu fenomena yang amat jarang tahun lepas), terutama 2 minggu kebelakangan ini
Saya boleh sahkan, sekurangnya, di bawah kelolaan saya,
1. Ada satu kes kongenital COVID-19, bayi baru lahir positif PCR pada calitan pertama ketika kelahiran. Alhamdulillah, pesakit stabil dan dibenarkan pulang
2. Minggu lepas sahaja, ada 2 pesakit kanak-kanak perlu rawatan intensif di Paediatric HDW (seorang bantuan pernafasan – ventilator, dan seorang “high flow nasal canula”). Alhamdulillah, dengan rawatan rapi, pesakit stabil
3. Beberapa pesakit kanak-kanak di wad bukan intensif untuk COVID-19, ada yang perlu oksigen juga
4. Ada pesakit kanak-kanak dengan komplikasi “intussusception” (masalah usus) yang perlu intervensi segera. Gerak kerja dari pelbagai jabatan. Alhamdulillah, berjaya.
Ya, mereka kanak-kanak
Mereka tidak jalan mana-mana, kecuali dibawa Mereka tidak boleh rentas negeri, kecuali dibawa Mereka dicium oleh mereka yang positif, bukan dipinta Mereka tidak boleh halang tetamu dengan positif COVID-19 dari datang bertandang ke rumah, apakan daya Mereka juga bukan penyebab penularan dalam komuniti, jika tanya saya (walaupun mereka juga boleh jadi pembawa) Mereka tidak boleh daftar, apatah lagi menerima vaksin juga
Kita dewasa, Kita boleh memilih Mereka tidak
Buat pilihan yg tepat!
Tanya saya, Saya pilih vaksin, Kerana Allah Taala Saya patuh SOP, juga Kerana Allah Taala Saya jaga diri Saya jaga keluarga Saya juga jaga kanak-kanak yang tidak boleh memilih ini (melalui herd immunity, imuniti kelompok)
Sekarang, lihat gambar di bawah, Jangan kita jadi asbab mereka menderita….

Sumber: Rashdan Mohamed