Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ada Yang Sarapan Jam 10 Pagi, Ini Saranan Waktu Makanan Yang Boleh Diamalkan

Gambar: The State Times

Waktu makan adalah penting untuk dijaga oleh setiap orang tidak kira ketika sedang diet atau tidak. Hal ini bagi mengelakkan kita daripada makan secara tidak teratur pada setiap hari.

Makan secara tidak teratur boleh mendatangkan beberapa kesan terhadap kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah berat badan bertambah, pedih ulu hati, ketidakhadaman dan sebagainya.

Melihat kepada situasi semasa, ada juga yang tidak mengamalkan waktu makan yang tepat seperti bersarapan pada jam 10 pagi. Untuk waktu makan malam, sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang untuk makan pada pukul 9 malam atau sekitarnya.

Oleh itu, pihak NutritionistKKM telah menyarankan agar kita memantau waktu makan masing-masing. Antara saranan yang dikongsikan adalah elakkan daripada melangkau waktu makan dan patuhi waktu makan yang sepatutnya.

Antara saranan waktu makan:

1. Sarapan = pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi

2. Tengah hari = pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang

3. Malam = pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam

Sumber: Facebook NutrionistKKM