Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AEON360 Bekerjasama Dengan Google Cloud Bangunkan Ekosistem Berpacukan AI

AEON360

AEON360 Bekerjasama Dengan Google Cloud Bangunkan Ekosistem Berpacukan AI

AEON360 dan Google Cloud hari ini mengumumkan kerjasama berbilang tahun untuk membawakan pengalaman “perdagangan berterusan” merentas ekosistem runcit, kewangan dan gaya hidup AEON.

Inisiatif ini merupakan asas kepada pelan hala tuju agentik perdagangan (agentic commerce) AEON360 bersama Google Cloud di Asia Tenggara, yang direka bagi memastikan setiap interaksi pelanggan daripada pencarian produk hinggalah penghantaran selepas pembelian dan sokongan pelanggan disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pembeli dalam masa nyata. 

“Matlamat kami adalah untuk membina sebuah ekosistem yang berkhidmat kepada pengguna sebagai satu entiti yang bersepadu dan pintar, supaya setiap interaksi terasa direka khusus untuk mereka, tidak kira di mana mereka memulakan perjalanan membeli-belah,” kata Daisuke Maeda, Pengerusi AEON360.

“Bersama Google Cloud, kami beralih daripada interaksi digital yang ringkas kepada ejen AI yang mampu menampilkan tawaran paling relevan dan melaksanakan tugasan yang kompleks bagi pihak pelanggan kami, bermula di Malaysia, dengan pelan untuk berkembang ke pasaran utama Asia Tenggara yang kami sertai. Melalui Innovation Foundry kami, kami juga memperkasa kakitangan untuk menjadi peneraju masa depan agentik perdagangan (agentic commerce) ini, berpaksikan asas data yang menyesuaikan diri dengan perubahan pilihan pelanggan, berlandaskan persetujuan pelanggan.” 

Fasa pelaksanaan seterusnya akan diterajui oleh Low Ngai Yuen, Pengarah Urusan, AEON360 dan Glen Cha, Ketua Pegawai Teknologi, AEON360, bagi menterjemahkan perjanjian kerjasama ini kepada pengalaman pelanggan yang nyata. 

Asas data bersepadu untuk kecerdasan kontekstual 

Teras kepada kerjasama ini ialah enjin kecerdasan kontekstual yang melangkaui pemperibadian tradisional untuk memahami pilihan dan keperluan unik pelanggan sepanjang perjalanan mereka dalam ekosistem AEON.

Dalam amalan sebenar, seorang pembeli yang mencari bahan untuk makan malam keluarga di Kuala Lumpur tidak lagi perlu menetapkan semula identiti atau pilihan mereka merentas pelbagai perkhidmatan AEON. Sebaliknya, sistem ini mengambil kira tabiat pembelian barangan runcit dan interaksi lampau mereka untuk memaparkan cadangan produk yang dipilih khusus, harga ahli, serta ketersediaan stok masa nyata di myAEON2go atau di kedai AEON MaxValu terdekat. Sepanjang perjalanan membeli-belah, sistem ini turut menggabungkan pilihan pembiayaan dan ganjaran yang bersesuaian seperti pelan ansuran, pulangan tunai atau mata ganjaran AEON bagi memberikan nilai terbaik dari peringkat pencarian sehinggalah ke proses pembayaran yang lancar. 

Bagi menggerakkan enjin ini, AEON360 menggunakan BigQuery, platform data Google Cloud, untuk membina graf pengetahuan perusahaan (enterprise knowledge graph) yang menyatukan data pelanggan merentas entiti dan titik sentuhan AEON. Pelaksanaan asas data bersatu ini merupakan langkah penting dalam penggunaan ejen AI oleh AEON360.

Innovation Foundry untuk memacu kefasihan AI dan orkestrasi ejen 

Bagi memastikan pekerja AEON fasih dalam AI (AI fluent), Google Cloud akan bantu menubuhkan AEON360 Innovation Foundry di Kuala Lumpur Pusat ini akan melengkapkan pekerja merentas pelbagai unit perniagaan AEON dengan kemahiran dan pensijilan Google.

Ia juga akan menyediakan persekitaran khusus untuk pasukan membangunkan dan menskalakan penyelesaian AI Agentik (agentic AI) yang meningkatkan penglibatan pelanggan serta membuka peluang pendapatan baharu dalam ekosistem AEON yang melibatkan peniaga, penyewa dan pembekal. 

Foundry ini akan menggunakan Gemini Enterprise for Customer Experience (CX) untuk melaksanakan ejen-sedia-bina (pre-built) dan boleh dikonfigurasi yang menggabungkan pengalaman membeli-belah dan khidmat pelanggan. Ejen membeli-belah (shopping agent) bertindak sebagai pembantu digital proaktif yang boleh memproses teks, suara dan imej untuk membina troli secara autonomi serta melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui.

Pada masa yang sama, ejen pengalaman pelanggan (customer experience agent) membolehkan pertanyaan diselesaikan 24/7, sambil memberi panduan masa nyata kepada wakil khidmat pelanggan. Ejen-ejen ini akan berasaskan (grounded on) asas data bersatu AEON360, menjadikannya peka konteks dan berupaya melaksanakan tindakan berbilang langkah bagi pihak pelanggan. 

Memperluas perdagangan berasaskan ejen melalui piawaian terbuka 

AEON360 merancang untuk memperluas agentik perdagangan (agentic commerce) melangkaui saluran digital miliknya sendiri dengan mengguna pakai Universal Commerce Protocol (UCP). Diterajui oleh Google, piawaian terbuka ini membolehkan ejen AI dan sistem runcit beroperasi secara seiring merentas pelbagai permukaan pengguna, perniagaan dan penyedia pembayaran. Ini berpotensi membuka ruang kepada pengenalan ejen perniagaan (business agent) melalui Google Merchant Center, pada masa hadapan, yang membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan AEON di Google Search.

Ejen ini bertindak sebagai jurujual maya yang menjawab pertanyaan produk menggunakan suara jenama, dan berhubung dengan pengguna pada saat penting dalam perjalanan membeli-belah mereka.

Secara natif dalam Google Search, AEON360 juga akan dapat menawarkan insentif yang relevan mengikut konteks seperti diskaun eksklusif kepada pembeli yang bersedia untuk melengkapkan pembelian. 

Keupayaan ini juga akan berasaskan (grounded on) asas data bersatu AEON360. Ini memastikan apabila pengguna beralih ke Google Search untuk penemuan produk, pengalaman tersebut kekal sebagai lanjutan yang tepat dan dibenarkan bagi ekosistem AEON.

Selain itu, AEON360 sedang meneroka integrasi baharu dengan Google Pay yang membolehkan pembeli memberi kebenaran kepada transaksi yang dikendalikan ejen merentas pelbagai titik sentuhan, dengan kaedah pembayaran dan maklumat penghantaran disimpan secara selamat dalam Google Wallet. 

“Selama ini, teknologi runcit tradisional telah mewujudkan pengalaman yang terpecah-pecah, di mana pembeli terpaksa memulakan semula perjalanan mereka pada setiap peringkat,” kata Hana Raja, Pengurus Negara, Malaysia, Google Cloud. “AEON360 mengubah keadaan ini dengan menggunakan 

AI penuh Google Cloud (Google Cloud’s full-stack AI) untuk menukar proses melayari yang rumit kepada pengalaman yang lebih lancar. Kerjasama ini akan membawakan penyelesaian agentik perdagangan (agentic commerce) yang berteraskan ‘jalur konteks berterusan (continuous thread)’ iaitu memastikan maklumat bergerak bersama pembeli untuk membantu AEON360 menjangka dan bertindak terhadap keperluan mereka yang seterusnya.”