Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ajar Anak Drive, Gelagat Si Ayah Cakap Bab Signal Buat Netizen Berdekah

Hannah
ayah ajar anak drive
Gambar: TikTok @dniasfea
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ajar Anak Drive, Gelagat Si Ayah Cakap Bab Signal Buat Netizen Berdekah

Zaman sekarang, tak dinafikan bahawa tahu memandu dan memiliki lesen memang satu keperluan penting. Tanpanya, pergerakan jadi terbatas. Nak pergi kerja, belajar ataupun balik kampung pun susah.

Selalunya, sebelum ke kelas memandu rasmi, ramai yang akan ‘panaskan enjin’ dulu dengan belajar memandu daripada orang terdekat. Dalam hal ni, siapa lagi kalau bukan ayah sendiri yang jadi cikgu pertama?

Ayah ni memang ada macam-macam gaya. Kadang-kadang tegas, kadang-kadang lucu, tapi hakikatnya merekalah otai di jalan raya yang sudah ‘masak’ dengan segala hal pemanduan.

“Abi lagi seram dari JPJ…”

Baru-baru ini, satu video pendek yang memaparkan gelagat seorang ayah mengajar anaknya memandu tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan si ayah tenang duduk di kerusi penumpang dengan tangannya standby pegang handbrake. Inilah gaya klasik seorang ayah yang selalu berjaga-jaga kalau anak buat silap, kan?

Tapi, apa yang lebih mencuit hati adalah cara unik ayah ini mengingatkan anaknya untuk bagi signal sebelum masuk simpang. Bak kata si ayah, hanya ada ‘sejenis’ manusia saja yang masuk simpang tak bagi signal.

“Apa dia yang tak bagi signal?”

Habis berdekah orang ramai yang menonton kerana ayat itu kedengaran macam ‘dendam lama’ yang akhirnya terluah depan anak.

Mungkin, ramai rakyat Malaysia boleh relate dengan isu signal sebab memang kerap berlaku di jalan raya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gaya si ayah ini.

“Soalan last tu, dengan kita sekali jawab.”

“Terbaik. Saya sebagai cikgu memandu sokong 100 peratus. Proses belajar.”

Selain itu, ada juga yang mengambil kesempatan untuk berkongsi kembali pengalaman masing-masing ketika mula belajar memandu, terutamanya saat ditemani ayah sebagai cikgu pertama.

Bagi sesetengah orang, saat belajar memandu dengan ayah adalah detik yang tak akan dilupakan seumur hidup.

Namun, tidak semua orang sempat merasai pengalaman itu. Ada juga netizen yang meluahkan rasa sebak apabila menonton video tersebut.

BACA: Siap Sound Effect, Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan

BACA: “Career Ladder” Tapi Versi Malaysia, Ramai Gagal Teka Abang Ni Kerja Apa

BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol

Sumber: TikTok @dniasfea