Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Akmal Saleh Tak Mahu Bertanding Jika BN-PH Bekerjasama Dalam PRN Melaka

Akmal Saleh
Kredit: Bernama

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang jika Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Akmal berkata beliau lebih rela mempertahankan prinsip daripada sebuah jawatan wakil rakyat jika kerjasama itu berlaku.

"Kata UMNO bermuka-muka, kata UMNO tikam kawan, tapi UMNO juga yang dicari.

"Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab saya lebih rela pertahankan prinsip saya dari sebuah jawatan wakil rakyat.

"InsyaAllah Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata sedemikian susulan kenyataan Saifuddin Nasution yang memaklumkan PH mungkin akan membincangkan kerjasama dengan BN dalam PRN Melaka.

Intipati
  • Akmal Saleh mengulangi pendirian tidak akan bertanding jika BN-PH bekerjasama di Melaka.
  • Beliau berkata prinsip lebih penting berbanding jawatan wakil rakyat sekiranya kerjasama berlaku.
  • Kenyataan itu menyusul makluman Saifuddin Nasution bahawa PH mungkin membincangkan kerjasama dengan BN.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan