Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
ptd abdul halim
Gambar: BERNAMA

Alumni PTD Nafi Bekas KSN Abdul Halim Meninggal Dunia

Nurhanis

Alumni PTD Nafi Bekas KSN Abdul Halim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Urusetia Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menafikan laporan kematian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Abdul Halim Ali yang tular di media sosial hari ini.

Urusetia Alumni PTD dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima pertanyaan mengenai dakwaan kematian Abdul Halim yang juga Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) sejak semalam hingga pagi ini, dan mengesahkan berita itu tidak benar.

“Alumni PTD mengesahkan bahawa berita tersebut adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.

Beberapa portal media melaporkan mengenai pemergian bekas KSN itu pada usia 81 tahun, pagi tadi.

Sementara itu, Abdul Halim dalam kenyataan dikeluarkan oleh Sedania Innovator Bhd (Sedania) memaklumkan beliau masih hidup dan berada dalam keadaan sihat.

Beliau yang juga pengerusi Sedania berkata berita palsu itu telah menyebabkan keadaan panik dan tekanan yang tidak perlu kepada ahli keluarganya serta orang tersayang.

“Sejak malam tadi, saya telah menerima banyak panggilan daripada kenalan rapat, rakan dan sahabat yang hanya menambahkan kegusaran.

“Sama seperti Sedania, saya masih kuat dan sihat! Saya sungguh menikmati rutin berjalan pagi setiap hari dan tidak sabar menantikan perjalanan yang menarik di masa akan datang,” katanya.

BACA: Bekas Pegawai PTD Dipenjara Setahun Kerana Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar Lelaki Di Bilik Air

Abdul Halim berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera untuk mengenal pasti individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tentang kematiannya itu.

Pada masa sama, Sedania meminta pihak media menarik balik laporan tidak berkenaan itu dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Abdul Halim atas kesulitan dan gangguan yang telah berlaku.

Menurut Sedania, pihaknya juga dalam proses untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Pihak kami juga telah memohon agar semua media melaporkan berita palsu ini segera menarik balik laporan dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Tan Sri atas kesulitan dan gangguan yang telah berlaku.

“Abdul Halim secara peribadi mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan baik yang diterima namun menekankan bahawa khabar angin tidak berasas ini harus dihentikan segera,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA