Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Cuaca Buruk Di Tiga Negeri Hingga 1 Petang Ini

Iqbal Yasir
negeri cuaca buruk petang ini
Gambar Hiasan

Amaran Cuaca Buruk Di Tiga Negeri Hingga 1 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di beberapa negeri hingga jam 1 petang ini.

Amaran ini bertujuan memberi peringatan awal kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan rasmi, tiga negeri dijangka bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Antara negeri yang terlibat termasuklah Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu.

“Manakala, di Sabah pula termasuk Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” maklumnya.

Oleh itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Dijangka Berterusan Hingga Awal November 2024, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Peralihan Monsun

BACA: Kenapa Gred ‘S’ Yang Terbaik Di Jepun, Bukannya ‘A’?

BACA: Cecah Puluhan Ribu Per Liter, Ini 5 Air Mineral ‘Harga Kayangan

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia