Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Cuaca Waspada Dengan Hujan Lebat Di Johor, Sabah, Sarawak – MetMalaysia

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi bermula esok sehingga Khamis ini.

Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit serta Tawau (Sabah) hari ini.

Sumber: BERNAMA