Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Cuaca Waspada Kuning Di Kelantan, Terengganu, Sabah Dan Labuan Tamat Malam Ini

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Labuan ditamatkan malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata keadaan di empat negeri itu dijangka bertambah baik.

Amaran cuaca yang ditamatkan itu melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu); Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) serta Labuan.

Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan media sosial atau hubungi talian 1-300-22-1638.

— BERNAMA