Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di 4 Negeri

Hannah
Amaran hujan berterusan
Gambar: BERNAMA

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di 4 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di beberapa negeri hingga 26 November (Rabu) ini.

Amaran hujan berterusan (bahaya)

Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kedah, Perak dan Kelantan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang. Keadaan ini dijangka berlarutan hingga 25 November (Selasa) ini.

“Di Kedah, daerah terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh).

“Di Perak pula, daerah terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” maklum METMalaysia.

Amaran hujan berterusan (buruk)

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor serta keseluruhan negeri Perlis. Keadaan ini dijangka berlarutan hingga 25 November (Selasa) ini.

“Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Di Perak, daerah terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

“Di Terengganu pula, daerah terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, manakala Selangor membabitkan Sabak Bernam,” tambah METMalaysia.

Amaran hujan berterusan (waspada)

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Pahang dan Selangor hingga 24 November (esok) ini.

“Daerah terlibat di Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak,” maklum METMalaysia.

Tambah METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada ini juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu hingga 26 November (Rabu) ini.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Gua Musang, manakala Terengganu membabitkan daerah Kemaman,” katanya.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini

BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak

BACA: 10 Tanda ‘Amaran’ Awal Anak Alami Tekanan Mental

Sumber: METMalaysia